Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan
infrastruktur yang disediakan oleh pihak universiti kepada para pelajar
di UMS-KAL. Salah satu kemudahan terpenting yang disediakan ialah Kolej
Kediaman. Kolej Kediaman UMS-KAL ini mampu menampung kira-kira 5000 orang
pelajar di dalam satu-satu masa. Di dalam kolej ini juga turut disediakan
sebuah masjid untuk kemudahan pelajar-pelajar muslim.
Kolej Kediaman yang disediakan untuk mahasiswa/i
Selain daripada itu, sebanyak tiga buah makmal komputer juga disediakan untuk kegunaan semua pelajar UMS-KAL. Makmal-makmal tersebut menyediakan perkhidmatan internet, multimedia dan sebagainya.
Perpustakaan UMS-KAL yang menyediakan bahan rujukan
dan maklumat kepada pelajar
Sejajar dengan hasrat untuk melahirkan mahasiswa yang aktif dan sihat, sebuah kompleks sukan turut disediakan di dalam kampus ini. Terdapat pelbagai jenis sukan dan permainan yang boleh disertai oleh mahasiswa seperti tenis, bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain jenis sukan.
Untuk menjamin kesihatan mahasiswa,
sebuah pusat perubatan telah disediakan oleh pihak universiti untuk semua
warga kampus secara percuma.