Latar Belakang
Labuan terletak di dalam gugusan
BIMP-EAGA. Lokasi geografi Labuan yang strategik ini membolehkan ia mudah
dirangkaikan dengan infrastruktur kewangan dan perniagaan antarabangsa.
Labuan juga menjadi tarikan komuniti kewangan antarabangsa kerana
keistimewaan regim pencukaian
rendah, perjanjian cukai dua hala di antara Malaysia dan gugusan BIMP-EAGA
dan kewujudan institut kewangan luar pesisir.Matlamat program akademik
UMS-KAL adalah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi bersifat
global
yang akan melambangkan Labuan
sebuah Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa. Justeru itu, dua buah
sekolah telah diwujudkan iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa
serta Sekolah Sains Informatik Labuan untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Sumber pelajar untuk UMS-KAL
adalah pelajar-pelajar STPM, Matrikulasi, Pasca SPM serta berpengalaman
bekerja dan kemungkinan di masa hadapan dari pelajar-pelajar negara gugusan
BIMP-EAGA. Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar yang berasal dari
daerah-daerah di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan sendiri.