Sejarah
Pemandangan sekitar UMS-KAL dari udara
Pada tanggal 21 Oktober 1998, Jemaah Menteri telah
mengadakan satu mesyuarat dan bersetuju dengan cadangan agar Kementerian
Pendidikan mengambil alih Kompleks Persekutuan dan Kompleks Perumahan Kakitangan
di Kiansam, Labuan untuk dijadikan Kampus Cawangan Universiti Malaysia
Sabah. Universiti Malaysia Sabah dengan berbesar hati menerima cadangan
tersebut dan kampus cawangan tersebut diberi nama Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Kampus UMS-KAL ini mula diduduki
dengan pada 1 Januari 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama
pada bulan Mei 1999. Pada peringkat permulaan, sebanyak enam buah ijazah
pada peringkat Sarjana Muda ditawarkan pada Sesi 1999/2000 dan beberapa
Ijazah Sarjana pada sesi 2000/2001. Program-program baru pada peringkat
Sarjana Muda akan ditawarkan dari masa ke semasa.