Sekolah
Dewan kuliah yang lengkap dengan teknologi pembelajaran yang terkini
Kursus yang ditawarkan :-
- Sarjana Muda Sains (Kewangan Antarabangsa)
Kursus ini menawarkan latihan asas di dalam kewangan
antarabangsa yang menekankan kepada aspek mengurus, menganalisa dan melindung
nilai sumber-sumber kewangan yang terlibat diperingkat antarabangsa.
- Sarjana Muda Sains (Perbankan Luar Pesisir). Kursus
ini diolah untuk memberi pendedahan kepada pelajar aspek-aspek penting
di dalam
kewangan pesisir.
- Sarjana Muda Sains (Pemasaran Antarabangsa)
Program ini bertujuan untuk memberi perdedahan pengetahuan
dan latihan kepada para pelajar berkenaan dengan pengurusan pemasaran antarabangsa
dan aktiviti yang terlibat di dalam memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan
secara global.
- Sarjana Muda Sains (Ekonomi Kewangan Antarabangsa)
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada
senario ekonomi kewangan antarabangsa dan peranannya dalam ekonomi global
dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Jangkamasa Pengajian : 3 tahun, sepenuh masa.
Ijazah Sarjana yang akan ditawarkan pada Sesi 2000/2001 :
-Sarjana Sains (Pengurusan Korporat Luar Pesisir)
MSc (Offshore Corporate Management)
-Sarjana Sains (Undang-undang Kewangan dan Perbankan
Luar Pesisir)
MSc (Offshore Banking and Finance Law)
-Sarjana Sains (Perdagangan Elektronik)
MSc (Electronic Commerce)
-Sarjana Sains (Perbankan dan Kewangan Islam)
MSc (Islamic Finance and Banking)
Jangkamasa Pengajian : 1 tahun, sepenuh masa.
Makmal komputer yang lengkap bagi kemudahan pelajar
- Sarjana Muda Sains (Teknologi Multimedia)
Program ini akan memberi penekanan kepada teknologi
multimedia dan teknologi internet yang terkini. Pelajar-pelajar juga didedahkan
kepada pengaturcaraan Internet, penyediaan multimedia interaktif, asas
elektronik commerce dan juga pengurusanserta keselamatan rangkaian komputer.
Jangkamasa Pengajian : 3 tahun, sepenuh masa.